Buffet Ramadhan Swiss-Inn Sungai Petani

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik,dah dekat ramadhan dah.Cepat sungguh masa berjalan.Aku baru hari ini habis ganti puasa,ya ampun last minit sangat adoi,awat teruk sangat nadia oii.Sebut ramadhan,mula la terbayang baju raya...haipp sabar na..puasa dulu.Mesti semua kita terbayang bazar ramadhan,buffet ramadhan segalanya mesti makan...tapi jangan lupa terawih ya anak-anak.Sempena dengan ramadhan yang bakal menjelma,aku dan kawan blogger dapat jemputan untuk buffet ramadhan di Swiss-Inn Sungai Petani.Pada 2/5/18 dengan penuh semangat nak pra buka puasa...ewahh.Habis jer waktu pejabat,terus aku dan encik suami pergi ke sana.Masa kami tiba,macam biasa register nama dan pilih tempat.Harus amik dekat stage..fokus sikit dengar ucapan haha.sebenar luar nampak kambing tergolek hahaha.DJ yang bertugas malam tu pun aku kenal..orang taman la pulak.Menu kami untuk malam ni ada 150 jenis menu.Lepas solat maghrib,dan ucapan dari GM kami pun mula menjamu selera..nyum..nyum.Sini aku tempek gambar juadah yang disediakan.

Pintu masuk


 Puding ni rasa macam dadih ker memang dadih haha..ni 2mangkuk aku sorang.




 Ketam dan perut masak lemak aku bagi 5star tambah ni saja 2kali tau 


 Aneka kek dan puding
 Kerabu,ikan masin pekasam
 Nasi beriani pun sedap
Pelbagai jenis ulaman 

 Ni la yang paling aku suka kambing golek ayaq asam sedap sangat daging kambing lembut.Ayam bakar pun sedap
 Lauk pauk melayu
Jeruk untuk ibu-ibu 

 Kuih muih melayu,buah melaka sedap
 Budak kecik ni sibuk ja mama nak ambil gambar makan la..
 Kuah laksa tengah panas ..amboi wangi sungguh
Pasembor ni kuah kacang I like

No.Contact Swiss-Inn


Untuk semua orang Sungai Petani dan yang datang kedah boleh sangat cuba buffet ramadhan Swiss -Inn.Sangat memenuhi selera rakyat malaysia.Berbaloi wang anda bayar,dengan apa kita makan.Bak kata Swiss-Inn "Pulun sampai puaih".Tapi jangan tamak sudah masa makan,amalan syaiton tau.
Sini aku bagi no.contact dengan harga sekali kalau hampa nak tempah meja untuk bulan puasa yang akan menjelma ni.

Fariza 012-6113647
Liza 019-5247374
Sue 012-6113743
Zuri 013-4493181

Dewasa RM65
Warga Emas RM 55(55thn keatas)
Kanak-Kanak RM 35(4-11tahun)
Bawah 4tahun percuma
Kalau nak maklumat detail boleh refer pamplet yang aku letak kat atas @ hubungi no.yang aku sertakan.

Selamat menyambut ramadhan untuk semua yang beragama Islam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PEMANASAN GLOBAL

Apa favourite food Mayesa 1 thn ++