Catatan

Imej
Korang tahu tak tarikh lahir kita semua juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri sendiri dengan lebih dekat? kenal pasti bila tarikh lahir diri sendiri..jangan lupa dah ler cam maa kita cik ani..selalu lupa ARNAB 01 - 09 Januari 01 - 03 April 15 - 20 Jun 10 - 15 Julai 28 - 30 September 01 - 16 Disember ARNAB Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan. Hari ni umur dah up....erm apa aza

Si Penghutang

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya : i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya. ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah. iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim. iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima. Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya : "Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya) (Riwayat Ibnu Majah) Sabda Rasul S.A.W. Maksudnya : "Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas". (Riwayat Baihaqi) Kenapa masih ada manusia mcm ni..?? waima 5 sen pun kalau